Bank Dunia mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 5.5 peratus tahun ini disokong pertumbuhan kukuh dari segi penggunaan.

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Bank Dunia, Dr. Apurva Sanghi berkata, pemansuhan sepenuhnya sekatan pergerakan dan pembukaan semula ekonomi akan turut meletakkan negara pada landasan pemulihan lebih pantas.

Bagi tahun hadapan, Bank Dunia meramalkan ekonomi negara berkembang pada 4.5 peratus dan 4.4 peratus pada 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Laporan Bank Dunia, ‘Catching Up: Inclusive Recovery and Growth for Lagging States’ secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini