Bank Dunia menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi bagi China. Dalam laporan terbaharu, institusi perkhidmatan kewangan antarabangsa itu memberi amaran, penularan COVID-19 akan memperlahankan proses pemulihan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Ekonomi China diramal berkembang perlahan pada kadar 4.3 peratus tahun ini, susut 0.8 mata peratusan berbanding unjuran pada Disember lepas. Sebahagian besarnya disebabkan penularan varian Omicron, serta pelaksanaan sekatan pergerakan dari Mac hingga Mei.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini