Bank Islam Malaysia Berhad meluluskan kemudahan pembiayaan RM360 juta kepada Pharmaniaga Berhad dan Selgate Healthcare Sdn Bhd.

Pembiayaan itu bagi tujuan perolehan, pengeluaran dan pengedaran vaksin COVID-19 sebagai sokongan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Melalui satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Muazzam Mohamed memaklumkan, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi sokongan yang diperlukan pelanggan.

Ia termasuk meluluskan kemudahan pembiayaan dengan terma dan syarat fleksibel bagi membantu syarikat terlibat mendapatkan bekalan.

Setakat ini, pendedahan Bank terhadap industri penjagaan kesihatan berjumlah lebih RM250 juta.

Pihak bank turut menyediakan kemudahan kewangan kepada syarikat dengan keperluan segera untuk melawan pandemik ini secara efektif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini