MBSB Bank Bhd memperkenalkan Program Sukuk Wakalah Kelestarian bernilai RM5 bilion.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Nor Azam berkata, hasil dari terbitan sukuk tersebut akan digunakan untuk membiayai projek berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, ESG.

Langkah itu juga memboleh bank mengembangkan aset penjanaan mampan, meliputi pembiayaan projek hijau, rumah mampu milik, kesihatan awam dan segmen pelanggan yang kurang mendapat perhatian.

Sukuk Wakalah Kelestarian itu menawarkan kepelbagaian kepada pelabur sejajar permintaan yang meningkat terhadap sukuk lestari dalam pasaran.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian bersama Maybank Investment Bank Bhd yang dilantik sebagai penasihat; pengatur; pengurus dan penasihat penstrukturan kemampanan tunggal.

Maybank Islamic Bhd pula dilantik sebagai penasihat Syariah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini