Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meminta Bank Rakyat menyediakan dana khas bagi membantu koperasi dan syarikat berasaskan sektor pertanian.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, sektor tersebut harus dibantu dan diberi keutamaan bagi melancarkan rantaian agromakanan.

Katanya, KUSKOP komited dalam melaksanakan hasrat Perdana Menteri untuk mengatasi isu berkaitan sektor pertanian. 

Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kemudahan Agromakanan bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan yang diuruskan koperasi berasaskan agromakanan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2022 di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini