Menerusi inisiatif jangkauan komuniti Bank Rakyat, lebih RM34,000 diperuntuk bagi membaik pulih rumah mangsa kebakaran di Sungai Burong, Tanjung Karang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar memaklumkan, ia bantuan bagi meringankan beban akibat kejadian yang menimpa.

Beliau berkata demikian selepas melawat rumah mangsa di Tanjung Karang, Selangor.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berharap agar kerja-kerja baik pulih dapat dilakukan segera.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku akibat litar pintas pada 11 September lalu itu telah menyebabkan sebuah rumah berusia 20 tahun musnah dijilat api.

Kerugian dianggarkan sebanyak RM50,000. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini