Usahawan luar bandar yang terjejas banjir dan Covid-19 boleh memohon pinjaman sehingga RM50,000 melalui Bank Rakyat.

Usahawan luar bandar yang disenarai hitam oleh CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) juga layak  memohon.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Tan Sri Noh Omar berkata, peruntukan sebanyak RM40 juta itu memberi peluang kepada usahawan luar bandar memulihkan perniagaan mereka.

Beliau menghadiri Majlis Amanat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur

Dalam majlis sama, Tan Sri Noh Omar turut melancarkan Pelan Strategik MEDAC 2022 bagi memulih dan pertingkatkan semula pertumbuhan ekonomi sektor keusahawanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini