Sejumlah individu cedera dalam kejadian rusuhan membabitkan penunjuk perasaan dan polis di sebuah kawasan beli belah utama di Rotterdam.

Rusuhan membantah pelaksanaan perintah berkurung separa yang mula dikuatkuasakan kerajaan Belanda Sabtu lalu.

Polis Rotterdam terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran dan menembak meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Sekurang-kurang sebuah kereta polis dan sebuah skuter dibakar ketika tunjuk perasaan itu.

Namun tidak memaklumkan bilangan individu yang cedera dalam kejadian berkenaan.

Arahan perintah berkurung itu  dilaksana untuk tempoh sekurang-kurang tiga minggu ke atas restoran, kedai dan acara sukan.

Belanda menguatkuasakan semula sekatan berikutan lonjakan kes COVID-19, dengan lebih 21 ribu  jangkitan baharu dilaporkan, semalam.

Kerajaan Belanda  akan menilai semula keadaan  3 Disember depan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini