Lebih 10,000 petani mengadakan tunjuk perasaan di tengah ibu kota India, semalam. Ia bagi membantah keputusan kerajaan dalam isu undang-undang baharu pertanian. Keputusan kerajaan itu disifatkan sebagai tindakan yang bakal memusnahkan hidup golongan petani Petani dan pemimpin kesatuan menegaskan akan terus berjuang untuk hak mereka sehingga perundangan itu dibatalkan.

Tiga undang-undang diluluskan India melibatkan sektor agrikultur yang dianggap tidak jelas apabila kerajaan tidak memberi jaminan tetap buat harga tanaman yang dijual di negara itu. Undang-undang itu akan mewajibkan petani menjual hasil tani hanya ke pasar yang mendapat persetujuan kerajaan India. Ia akan menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada syarikat yang tidak mendapat kelulusan kerajaan bagi membeli hasil tani namun dengan harga tidak tentu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini