Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyediakan satu kerangka baharu yang menyeluruh bagi membanteras masalah buli di sekolah termasuk di sekolah berasrama. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kerangka itu memberi tumpuan kepada empat komponen utama, iaitu penyedaran, pelaporan, penghukuman dan pemantauan.  

Jelas beliau, hukuman terhadap murid pelaku buli sedang diteliti, bagi memastikan hukuman dikenakan setimpal, sekali gus menjadi pendekatan pencegahan yang berkesan.
 
Datuk Dr. Radzi turut menjelaskan mengenai aspek pemantauan yang mana perbincangan akan terus dilaksana dengan agensi pusat bagi memastikan jawatan warden sekolah diperkasa selaras tanggungjawab dan keperluan semasa mereka.
 
Buat masa ini, pemantauan di sekolah dilaksanakan oleh pentadbir, guru dan warden yang terdiri daripada guru sekolah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini