‘Kami sebulat suara menerima pakai resolusi dicadangkan Amerika Syarikat untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan dan mengelakkan dana bantuan jatuh ke tangan Taliban’, kata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNSC.

Ia resolusi pertama PBB bagi mengelak malapetaka kemanusiaan di tengah-tengah kegawatan ekonomi di Afghanistan.

Melaluinya, Majlis Keselamatan membenarkan bantuan disalurkan ke negara itu selama setahun tanpa melanggar sekatan antarabangsa.

Resolusi itu juga menetapkan pekerja bantuan tidak sepatutnya melanggar sekatan, pemantauan destinasi bantuan diberikan dan setiap bantuan disalurkan perlu dilaporkan kepada PBB setiap enam bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini