Nilai keseluruhan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dijangka mencecah RM2 bilion berbanding RM1.4 bilion yang diperuntukkan sebelum ini.

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sasaran itu mengambil kira pelaksanaan pelbagai bantuan di samping keperluan pembaikan rumah dan fasiliti awam.

Selain bantuan tunai, inisiatif komuniti dan kemudahan pinjaman turut disalurkan kepada penduduk terjejas banjir. Beliau turut berkata NADMA dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah bertindak dalam menyelaras senarai penduduk terjejas banjir yang layak menerima Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini