Bantuan Banjir Keluarga Malaysia mencecah RM 10,000 yang diumum Perdana Menteri, berbentuk suntikan perbelanjaan daripada kerajaan. Amaunnya lebih besar, jika kediaman musnah atau mengalami kerosakan serius.

Ini menjadikan jumlah bantuan langsung kepada isi rumah terkesan, boleh mencecah sehingga RM61,000. Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Suffian Hamdan memaklumkan, bantuan tersebut jelas memberi alternatif cadangan lain mahupun usaha yang telah diumum.

Sebelum ini timbul kebimbangan mengenai tawaran pinjaman TEKUN dan BSN meskipun pada kadar kosong peratus faedah dan moratorium automatik akan menambah hutang penduduk terjejas.

Pandangan ini telah diambil kira dan kerajaan tampil dengan bantuan berbentuk suntikan perbelanjaan. Ini sekali gus mengelak penduduk terjejas banjir yang masih mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP daripada terus meminjam dan terlepas peluang memperoleh dividen tahunan.

Bantuan turut disalur kepada bukan pencarum KWSP atau telah mengeluarkan caruman melalui 3 skim sebelum ini iaitu iLestari, iSinar, dan iCitra sehingga RM19,500 seorang. Kesemua perancangan yang ditumpu Perdana Menteri mengutamakan ekonomi makro dan rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini