Pemain industri pertanian bakal menerima bantuan kewangan bagi meringankan kos operasi yang telah memberi impak kepada harga barangan di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)  telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kementerian Kewangan (MOF), 24 November lalu.

Beliau berkata MOF akan membuat pengumuman berhubung keputusan bantuan kewangan itu.

Bantuan kewangan yang bakal diberikan dijangka mampu menyerap lonjakan kos yang terpaksa ditanggung pengguna.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini