Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu pembayaran bantuan kewangan kepada setiap keluarga yang terjejas banjir disegerakan.
 
Beliau membangkitkan perkara itu semasa mempengerusikan mesyuarat khas bersama menteri besar negeri yang terlibat banjir supaya memfokuskan kepada operasi pasca bencana alam itu. 

Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan RM1,000 kepada setiap keluarga terjejas.
 
Perdana Menteri juga mahu urusan pembersihan pasca banjir di kawasan yang terlibat dipercepatkan bagi memudahkan urusan penduduk untuk kembali ke kediaman masing-masing.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pihaknya akan menguruskan serta memberi arahan kepada agensi terlibat termasuk bomba, tentera, polis dan pihak majlis daerah yang mempunyai peralatan mencukupi supaya membantu mempercepatkan proses pembersihan di kediaman yang terjejas.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya mengalu-alukan pihak badan bukan kerajaan (NGO) untuk turun padang bagi membantu proses pembersihan namun mereka diminta untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak berkaitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini