Bukan hanya bantuan makanan, aspek perubatan dan kesihatan juga perlu diberi perhatian terhadap penduduk terjejas banjir.

Prihatin dengan perkara itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah, LZNK menghantar Klinik Bergerak bersama Misi Bantuan Banjir ke Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Othman berkata pihaknya mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan,  Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta , bagi melancaran operasi klinik bergerak berkenaan.

Selama tiga hari bermula hari ini, klinik akan bergerak ke beberapa kawasan terjejas banjir.

Antaranya di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang ,  Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuching Tengah, Kuala Selangor dan di Pemindahan Sementara, PPS Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini