Kerajaan memperuntukkan bantuan RM150 juta di bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) dan pinjaman mudah, bagi mentransformasikan nelayan melalui perolehan vesel moden berteknologi tinggi.

Kemudahan tersebut untuk pembangunan industri perikanan pantai menerusi program pemodenan vesel, menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam, dan peningkatan mekanisasi peralatan tangkapan vesel di Zon A dan Zon B.

Jabatan Perikanan memaklumkan, bantuan berkenaan membuka peluang nelayan tradisi di Zon A dan Zon B menaik taraf dan memodenkan vesel, mekanisasi, peralatan tangkapan yang lebih efisien dan mesra sumber.

Selain itu, ia meningkatkan aspek keselamatan dan peningkatan kualiti hasil tangkapan secara mampan selain meningkatkan pendapatan nelayan A dan Zon B.

Kemudahan bantuan itu juga menggalakkan vesel beroperasi di zon yang lebih jauh, mengubah suai vesel dengan konsep ke arah pemodenan vesel serta pembelian enjin baharu atau menambah baik peralatan menangkap ikan bagi berpindah ke Zon C.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini