Sejak 29 Disember tahun lepas hingga semalam, sebanyak RM125.504 juta telah disalur kepada negeri-negeri terjejas banjir bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi gelombang pertama, prestasi pengagihan bagi individu terjejas yang berpindah ke PPS di lapan negeri, adalah 97.3 peratus.

Manakala bagi penduduk yang tidak berpindah ke PPS, pengagihannya mencapai kadar 50.8 peratus.

Prestasi pengagihan bagi gelombang kedua pula, 57.3 peratus.

Secara keseluruhan, kerajaan menyedia bantuan RM1.4 bilion  secara terus kepada individu terjejas banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini