Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan wang ihsan sebanyak RM300,000 kepada 219  penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut dan puting beliung di Ipoh, Perak semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembayaran itu dibuat petang ini oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Pada masa sama, beliau juga mengarahkan lantikan segera kontraktor untuk kerja baikpulih kediaman penduduk.

Selain itu, penduduk terlibat akan menerima bantuan RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
 
Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Tiga lagi kawasan yang turut terjejas ialah Taman Tasek Damai, Taman Desa Sri Chepor dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya.
 
Setakat ini, hanya satu Pusat Pemindahan Sementara dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Tawas, menempatkan empat penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini