RM74,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada penduduk terjejas banjir di daerah Segamat, Johor, setakat hari ini.
 
Pegawai Daerah Segamat, Nasri Md Ali berkata sumbangan itu melibatkan 74 ketua isi rumah yang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Secara keseluruhan, pejabat daerah Segamat menerima peruntukan RM200,000 bagi fasa pertama agihan BWI kepada penduduk terjejas banjir.

Selain bantuan tersebut, penduduk terjejas juga turut menerima BWI Johor bernilai RM500.

Ia menjadikan bantuan keseluruhan yang disalurkan untuk setiap ketua isi rumah bernilai RM1,500.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini