Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempergiat pemantauan di lapangan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, langkah itu akan dilakukan ekoran pihaknya menerima banyak aduan berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan.

Beliau bercakap pada sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya.

Dalam sidang media itu,  Khairy menyatakan hampir semua negeri kecuali Perlis, Sabah dan Sarawak merekodkan peningkatan kes COVID-19 selepas kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober lalu.

Enam negeri , Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan dan Labuan menunjukkan kadar pengisian katil bukan unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus.

Bagi pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima, bilangan pesakit dalam kalangan kumpulan umur 40 tahun ke atas menunjukkan peningkatan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini