Tindakan kejam Zionis Israel terhadap rakyat Palestin punca utama berlaku keganasan yang berlanjutan.

Penyelidik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyatakan, menamatkan penjajahan oleh Israel adalah perkara penting bagi menamatkan keganasan tersebut.

Pasukan penyelidik Majlis Hak Asasi Manusia PBB, mengkaji semua punca dalam konflik selama berdekad-dekad di Asia Barat. Laporan setebal 18 muka surat itu tertumpu terutamanya dalam menilai penyiasatan dan keputusan PBB yang lalu mengenai situasi itu.

Dalam laporan tersebut, terdapat banyak bukti Israel tidak berniat menghentikan penjajahan terhadap Palestin. Ketua Penyelidik Navi Pillay, bekas ketua hak PBB dari Afrika Selatan menyatakan, ia adalah penunjuk sifat tidak simetri konflik dan realiti pencerobohan oleh negara lain.

Pasukan penyelidik juga menggesa untuk memastikan akauntabiliti bagi pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini