Di Beijing, seorang lelaki menjelaskan dia bukan mahu menunjuk-nunjuk kekayaannya selepas hadir ke sekolah rendah anaknya dengan menaiki helikopter. Sebaliknya, lelaki yang dikenali sebagai Chen itu dijemput ke sekolah anaknya untuk menghadiri karnival sains dan teknologi serta memberi kesedaran kepada murid mengenai bidang penerbangan. Difahamkan, Chen adalah pemilik sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa helikopter di Beijing. Sebelum ini, tersebar gambar dan video Chen menghantar anaknya ke sekolah dengan menggunakan helikopter dan rata-rata netizen menuduh dia mahu menunjuk-nunjuk kekayaannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini