Kredit Video: NDTV

Elak anak ditahan, seorang bapa nekad menyerang polis menggunakan jengkaut. Ibu bapa suspek dikatakan menghalang polis daripada menahan lelaki itu.

Jelas polis Vermont, suspek perlu ditahan atas kesalahan serangan dan pecah rumah. Berdasarkan rakaman tular, bapa suspek dilihat menghayunkan bilah jengkaut itu ke arah anggota polis.

Mujur tiada kecederaan berlaku dan video itu telah menjadi tular di media sosial.