Seorang lelaki bertindak kejam apabila membaling anak tirinya yang berusia 15 bulan itu ke dinding sehingga mati selepas enam hari berkahwin dengan ibu mangsa.Kejadian tersebut berlaku di Desa Sukasari, Bekasi, Indonesia pada Isnin lalu.Difahamkan, Roni Andriawan membaling anak tirinya ke dinding beberapa kali selepas kanak-kanak berkenaan menangis tidak berhenti-henti.Perbuatan kejam itu dilakukan suspek ketika isterinya, Danis Aprilia, tiada di dalam bilik.Ibu mangsa terkejut melihat anaknya tidak bergerak lalu segera membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini