Hari ini bakal menjadi hari bersejarah buat Barbados yang akan diumum secara rasmi menjadi republik terbaharu di dunia. Sandra Mason, gabenor jeneral Barbados, akan mengangkat sumpah sebagai presiden pertamanya bersempena dengan kemerdekaan negara itu yang ke-55.

Serentak itu, kerajaan Barbados akan memutuskan hubungan dengan Monarki Britain dan menggugurkan Queen Elizabeth II sebagai ketua negara. Popular dengan industri pelancongan, Barbados merupakan negara kepulauan yang terletak di sempadan laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Pewaris takhta Britain, Putera Charles dijadual hadir menyaksikan pelantikan Mason sebagai presiden.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini