Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali memaklumkan senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri yang baharu akan diumumkan pada minggu depan. Menurut beliau, perkara berkenaan perlu diteliti sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Tambah beliau, pemilihan barisan Exco tersebut bakal mengambil kira segala aspek, kebolehan, begitu juga pengalaman bagi setiap portfolio yang akan dilantik. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini