Barisan Nasional menampilkan 86 peratus atau 24 calon muka baharu bagi PRU DUN Melaka.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hanya 14 peratus atau 4 calon lama dikekalkan.

Mereka yang di calonkan masing-masing 20 calon dari UMNO, 7 calon MCA dan 1 dari MIC.

BN turut mempertandingkan 2 anak Bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Zulkiflee Datuk Seri Mohd Zin yang di calonkan di DUN Taboh Naning dan Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang di calonkan di DUN Rim.

Sementara itu, calon yang dikekal kan ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di DUN Lendu, DUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis, Dun Ayer Molek Datuk Rahmad Marima dan DUN Serkam Datuk Zaidi Atan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini