Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang mereka diami musnah dalam satu kebakaran di Dungun pada Ahad. Kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.47 petang di Taman Setia, Bandar Al-Muktafibillah Shah, (AMBS) Dungun ketika semua ahli keluarga terbabit keluar beraya dan menziarahi saudara-mara sempena hari raya aidilfitri. Dalam kejadian itu, kira-kira sembilan puluh sembilan peratus bahagian rumah yang diperbuat daripada kayu itu musnah sama sekali dan ketika kejadian kesemua penghuni rumah terbabit berada di rumah saudara mereka di Bandar Paka. Punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini