Dua pegawai polis maut dan 12 yang lain cedera dalam serangan militan di Jammu dan Kashmir yang ditadbir India.

Polis menerusi kenyataan mendedahkan, militan melepaskan tembakan ke arah bas yang membawa anggota polis di kawasan Zewan di Srinagar.

Seramai 14 pegawai cedera dalam serangan itu, dengan dua anggota, masing-masing penolong sub-inspektor dan seorang konstabel, meninggal dunia di hospital.

Kawasan itu kini dikepung untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan pencarian.

Terdahulu, polis berkata dua militan terbunuh ketika berbalas tembakan di pusat pemeriksaan di kawasan Rangreth di Srinagar.

Militan yang maut merupakan lelaki Kashmir dari daerah Shopian, manakala seorang lagi “militan asing” tidak dikenali. Kejadian itu berlaku hanya dua hari selepas militan menembak mati dua pegawai polis, di daerah Bandipora.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini