Penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbalik di Kampung Bator, Bachok, Kelantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohamad Ismail Jamaludin berkata, dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu kesemua penumpang terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

Siasatan mendapati bas ekspres tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Jelawat untuk menghantar penumpang. Bagaimanapun, bas berkenaan secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di tepi jalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini