16 penumpang berdepan detik cemas selepas bas ekspres dinaiki merempuh penghadang di Plaza Tol Ipoh Jelapang arah selatan di Perak, semalam. Dalam kejadian tersebut, empat daripadanya mengalami cedera ringan.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak dalam kenyataan, nahas berlaku ketika bas dari Pulau Pinang itu keluar melalui Plaza Tol Jelapang untuk ke Terminal Bas Meru Raya.

Rempuhan tersebut menyebabkan cermin hadapan kenderaan terbabit pecah selain remuk di beberapa bahagian. Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini