Di Temerloh, seorang pelajar Orang Asli parah manakala tujuh lagi cedera selepas bas sekolah yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke gaung dalam kejadian di jalan utama Kampung Panderas, Kuala Krau, semalam.Dalam kejadian itu, mangsa yang parah adalah Ellyka Liew Mew Chong, 14, yang mengalami kecederaan di kepala serta kaki dan masih menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.Difahamkan, ketika melalui kawasan selekoh berbukit, bas berkenaan mengalami masalah teknikal dan mengundur ke belakang lalu terbalik sebelum terjunam ke dalam gaung.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini