Penjawat awam di Kedah diminta supaya sentiasa komited serta menyokong segala usaha SPRM dalam menyebarluaskan mesej anti rasuah serta membanteras jenayah rasuah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim berkata rasuah akan menjadi barah sekiranya ia tidak dibendung sehingga ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak sebagai individu secara amnya dan penjawat awam negeri Kedah khususnya melaporkan jenayah rasuah kepada SPRM.

Dato’ Paduka Ammar berucap demikian ketika melancarkan sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2021 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan secara sidang video di Alor Setar, hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini