Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022.

Hasrat skuad wanita negara beraksi di pentas final tidak kesampaian, selepas tumpas kepada Korea Selatan 0-3 dalam aksi separuh akhir. Pemain perseorangan negara, S.Kisona yang turun memulakan aksi terpaksa akur tewas kepada Sim Yujin straight set 21-16, 21-17.

Pasangan harapan negara Pearly Tan dan Valeree Siow yang turun selepas itu juga gagal menyamakan kedudukan buat Malaysia.

Pearly Tan dan Valeree Siow gagal menyaingi aksi konsisten Baek Ha Na, Seong Seung Yeon sekaligus tewas 15-21, 14-21 dalam tempoh 38 minit.

Perseorangan ketiga negara, Siti Nurshuhaini Azman kemudian berjaya menghidupkan api kebangkitan negara dengan memberi tentangan kepada Lee Se Yeon.

Meskipun tewas set pertama, 11-21, namun Siti Nurshuhaini berjaya bangkit menang set kedua 21-15.

Namun seakan hilang fokus, Siti Nurshuhaini gagal mengulangi prestasi sama pada set penentuan sekaligus tewas 13-21.

Meskipun tewas, Malaysia sudah mengesahkan tempat secara merit ke pusingan akhir Piala Uber, di Thailand, Mei depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini