Ganjaran akan diberikan kepada mereka yang dapat menyalurkan maklumat dan bukti terhadap pihak yang melakukan pencemaran air di seluruh negara.

Jelas Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, pemberi maklumat tidak perlu takut kerana identiti mereka  dirahsiakan.

Tambahnya, masyarakat perlu cakna dan membantu kerajaan membanteras aktiviti pencemaran air.

Terdahulu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan terdapat insiden pencemaran bau seakan diesel sehingga tiga ton dikesan di Stesen Pemantau Sungai Seksyen 3, Bangi sehingga menyebabkan tiga loji rawatan air (LRA) dihentikan operasi.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan ke lokasi stesyen cerapan kualiti air di Bangi, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini