Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menegaskan, individu atau syarikat pengendali umrah yang secara terang-terangan tidak sehaluan dengan dasar kesihatan negara berhubung vaksin COVID-19 akan dipanggil bagi siasatan lanjut.

Menurutnya, pendakwah bebas yang mengaku membawa jemaah tidak lengkap vaksinasi menunaikan umrah perlu segera disiasat.

“Benda-benda seperti ini tidak sepatutnya berlaku macam itu. Kerana pertamanya kita nak pergi tempat-tempat suci. Saya yakin dan percaya orang-orang nak pergi umrah ini walaupun dia ada sumber-sumber pendapatan yang tidak betul tapi hendak pergi umrah haji ini dia akan pastikan wang tu memang wang daripada yang betul-betul halal. 100 % halal. Jadi tiba-tiba dia buat macam itu dia tak berapa nak kena sangat lah”.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini