Seorang pemandu lori didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Munisipal Butterworth selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membawa 21 ekor lembu tanpa permit, Januari lalu. Tertuduh, Mohd Aidil Abdul Halim, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Farahazwani Osman.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara dua bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, dia didakwa memindahkan 21 ekor lembu hidup dengan menggunakan motolori tanpa kebenaran bertulis Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar.
 
Kesalahan dilakukan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Bakap, Lebuhraya Utara Selatan, Arah Utara. Hasil jualan 21 ekor lembu sebanyak RM7,200 turut dilucutkan hak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini