Atlet lompat bergalah wanita negara, Nor Sarah Adi menerima suntikan semangat di atas kejayaannya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2021 di Vietnam, baru-baru ini.

Nor Sarah yang merupakan atlet pecut wanita 4 kali 100 meter sebelum ini, mengakui keputusannya untuk mencuba acara lompat bergalah telah berjaya menaikkan semula namanya di pentas Sukan Asia Tenggara berkenaan.

Kejayaan itu katanya, adalah hasil daripada semua jurulatih yang berjaya mencungkil bakatnya sejak sekolah rendah.

Antaranya guru Sekolah Rendah Jengka 2 dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

Nor Sarah ditemui pada majlis yang dirasmikan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib di Dewan Arena Tengku Muda Pahang.

Majlis turut meraikan atlet silat Mohd Taqiyuddin Hamid yang juga berasal dari Kampung Bak-Bak, Maran.
 
Pada temasya itu, Mohd Taqiyuddin bergandingan dengan Sazzlan Yuga untuk mempertahankan pingat emas acara seni ganda putra.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini