Mahkamah Agung Amerika Syarikat semalam memutuskan rakyatnya mempunyai asas untuk membawa senjata api di khalayak ramai.

Keputusan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas satu lagi kejadian tembakan di sekolah.

Keputusan Mahkamah Agung 6-3, sekali gus membatalkan undang-undang New York yang memerlukan seseorang untuk membuktikan mereka mempunyai keperluan mempertahankan diri yang sah untuk menerima permit senjata dan akan menghalang negara daripada menyekat orang yang membawa senjata.

Selepas dua insiden tembakan besar-besaran pada Mei mengejutkan negara itu, desakan semakin meningkat untuk mengehadkan senjata api.

Namun, mahkamah membuat keputusan, perlembagaan menjamin hak untuk memiliki dan membawa senjata.

Keputusan itu adalah yang pertama oleh mahkamah dalam kes Pindaan Kedua yang besar dalam satu dekad dan kemenangan untuk lobi senjata api oleh Persatuan Rifle Kebangsaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini