Semua syarikat penerbangan di bawah AirAsia Aviation Group Limited, cabang penerbangan Capital A, komited menyelesaikan semua permintaan bayaran balik akibat pandemik secepat mungkin.

Hampir 99 peratus pertanyaan pelanggan berkenaan perkara itu telah diselesaikan dan bakinya akan diuruskan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes menerusi kenyataan berkata, AirAsia telah membuat bayaran balik kepada hampir semua pelanggan terjejas.

AirAsia X yang kini kembali beroperasi, telah mula membuat bayaran balik kepada pelanggan menerusi baucar perjalanan, menyamai nilai tempahan dibuat.

Baucar itu boleh ditebus serta-merta dan sah bagi tempoh lima tahun serta boleh digunakan untuk mana-mana destinasi syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh itu.

Setakat ini, majoriti atau lebih 155,000 pelanggan terjejas telah menerima baucar perjalanan.

Bakinya dijangka selesai beberapa minggu akan datang.

Manakala Thai AirAsia X, sedang berusaha menyelesaikan semua hutang tertunggak melalui bayaran balik dan pemberian kredit.

Syarikat itu sedang memproses permintaan bayaran balik, selaras pelan pemulihan dan penyambungan semula operasi secara berperingkat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini