Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berharap atlet yang terpilih di bawah program latihan Majlis Sukan Negara (MSN) tetap mengekalkan fokus mereka meskipun elaun yang bakal diterima tahun ini berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

Jelas beliau, atlet-atlet ini juga perlu terima hakikat bahawa MSN terpaksa melakukan penstrukturan semula skim bayaran elaun selepas diberi peruntukan yang terhad.

Tambah Datuk Seri Ti Lian Ker, semua pihak perlu akur bahawa bajet 2022 yang dibentang kerajaan tidak menyentuh mengenai peruntukan program sukan berprestasi tinggi kerana memberi fokus kepada pemulihan negara akibat pandemik Covid-19.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan kejohanan Esport Malaysia musim dua di KL Gateway.

Sebelum ini, MSN menjelaskan penstrukturan semula pembayaran elaun atlet di bawah program mereka akan dinilai berdasarkan pencapaian di empat temasya utama iaitu Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini