Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang bermula ESOK, bakal disalurkan kepada 700,000 penerima dengan peruntukan RM300 juta,meliputi penerima isi rumah, bujang dan warga emas kategori miskin.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, secara keseluruhan, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion bagi bantuan BKC. Bantuan terbahagi kepada 3 fasa itu memberi manfaat kepada 10 juta penerima.

Menerusi hantaran video di Facebooknya, beliau memaklumkan pembayaran Fasa 3 BKC pula akan dibuat Disember ini, melibatkan isi rumah kategori miskin dan B40 dengan peruntukan RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima.

Di bawah Bajet 2022 katanya, lebih ramai rakyat akan menerima manfaat dan pelbagai bantuan termasuk inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Terdahulu, pembayaran fasa 1 BKC dibuat pada September dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini