Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID-19, (BKC) sebanyak 300 ringgit, akan dibuat pada Isnin ini melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Perdana Menteri berkata dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC sedikit sebanyak meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Bayaran BKC akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

Bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) pula akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bank berkenaan akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini