Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemui di Hadapan Gerai, Pintu Masuk UiTM, Taman Seri Wang, Arau.

Ketua Polis Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi memaklumkan, pihaknya menerima laporan penemuan bayi tersebut kira-kira jam 9.10 pagi tadi.

Siasatan awal mendapati pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKM) telah terima panggilan telefon kira-kira jam 8.20 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan telah meninggalkan seorang bayi berdekatan dengan UITM Arau.

Susulan panggilan tersebut, pihak JKM telah ke tempat kejadian dan menjumpai bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalam plastik berwarna hitam.

Petugas perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah hadir ke lokasi kejadian dan membawa bayi tersebut ke Jabatan Kecemasan, Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan susulan dan pemeriksaan doktor mengesahkan bayi terbabit dalam keadaan sihat dan stabil.

Pihak polis berjaya mengenal pasti wanita terbabit dan telah membawanya ke Hospital Tuanku Fauziah untuk menerima rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini