Seorang bayi di Brazil  mencetuskan gempar apabila dilahirkan dengan ‘ekor’ sepanjang 12 sentimeter pada bahagian punggung kirinya, berserta ‘bebola daging’ berukuran 4 sentimeter.

Bayi tersebut dilahirkan di Hospital Kanak-Kanak Albert Sabin di Fortaleza. Namun, ekor dan bola daging berkenaan sudah dibuang menerusi satu pembedahan.

Kelahiran dan keadaan bayi itu juga dimasukkan ke dalam Jurnal Laporan Kes Pembedahan Pediatrik untuk tujuan penyelidikan. Bayi tersebut dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada minggu 35 kehamilan pada Januari tahun ini dan tidak mempunyai sebarang komplikasi lain.

Kedudukan ekor itu yang tidak terletak pada saraf penting membolehkan doktor membuangnya tanpa sebarang komplikasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini