Seorang bayi lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah di tingkat tiga, Bangunan AIA, Jalan Tiga, pusat bandar Sandakan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.05 malam, mangsa dikenali sebagai Adam, satu tahun ditemukan pasukan bomba dan penyelamat ketika melakukan operasi pemadaman.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Misran Bisara, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.09-minit malam dan 18 anggota bomba dikerah ke lokasi.

Api berjaya dikawal 12.24 minit tengah malam dan operasi tamat sepenuhnya 32 minit kemudian.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu bapa bayi berkenaan tiada di rumah dan mangsa dikatakan, dijaga oleh adik-beradiknya yang lain.

Mayat bayi itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini