Dilahirkan pada usia 21 minggu, dengan berat hanya 420 gram.

Curtis Means merupakan bayi paling pramatang di dunia yang berjaya bertahan untuk hidup.

Dilahirkan di Birmingham di Alabama, Amerika Syarikat, Curtis menerima pengiktirafan daripada Guiness World Of Record (GWR) baru- baru ini, selepas menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya bertahan dan kini sudah berumur 16 bulan.

Dengan peluang untuk hidup kurang daripada satu peratus, Curtis terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dia kemudiannya dikeluarkan dari ventilator selepas tiga bulan dan dibenarkan pulang pada April selepas 275 hari berada di hospital.

Bagaimanapun ahli terapi terpaksa membantunya belajar cara bernafas dan menggunakan mulutnya untuk makan.

Ketika ini Curtis masih memerlukan oksigen tambahan dan tiub penyusuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini