Seribu 659 premis diperiksa Jabatan Kesihatan Johor, setakat semalam, menerusi 24 pemeriksaan kebersihan dan keselamatan bazar ramadan. Daripada angka itu, hanya satu aduan diterima melibatkan tahap kebersihan gerai di daerah Kluang. Sehingga 6 Ramadan, 10 notis 32B dikeluarkan dengan 3 di Johor Bahru, 4, Kota Tinggi dan masing-masing satu di Muar serta Tangkak. Tahun lepas, kira-kira lima ribu premis bazar diperiksa di seluruh negeri, dengan masing-masing mencapai tahap memuaskan dan tiada arahan penutupan dikeluarkan. Manakala 117 notis kompaun 32b dikeluarkan melibatkan nilai lebih 58 riburinggit, kerana tidak mematuhi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini