Kerajaan Johor berhasrat untuk mengekalkan Bazar Karat Johor Bahru sebagai salah satu produk tarikan pelancong di bandaraya itu. Exco Johor, Liow Cai Tung berkata, hasrat itu sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa Bazar Karat akan ditutup. Bagaimanapun, peniaga di kawasan itu perlu kreatif dan digalakkan menjual barang atau makanan yang membawa identiti negeri tersebut. Usaha itu penting bagi menarik minat pelancong asing mengenali budaya dan seni warisan Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini